Just ignore the typo errors LAH. I malas nak semak.
Aku baru balik appointment ngan doktor. Yea lah. Untuk membersihkan telingaku. Ada kala rasa sakit, ada kala rasa gatal.. ah. Korang tau la ada apa ngan telingaku. Banyak benda kat situ. Aku berasa sungguh rambang pada hari ini. Entah je LAH. Baru hari pertama dengan peperiksaan percubaan dan aku berasa okok Je. Tak ada apa yang menarik LAH. Segala yang berlaku itu adalah dalam tangan-Nya, dan Dialah yang menetapkan segala-galanya.
Tentang perkara NS tuh saya dah tak peduli. Mungkin kali pertama aku berasa sedikit kekok, namun perasaan ini yang sudah lama terpendam dalam hatiku sudah menjadi suatu kebiasaan. Entah apa dengan aku lah hari ini. Kadangkala aku terasa terkongkong, terikat ngan banyak tanggungjawab yang harus kulaksanakan. Tekanan yang tidak pernah berhenti melanda kehidupanku di sekolah ibarat sungai yang mengalir. Walaupun disekat, namun ia tetap akan megalir juga.
Mungkin aku sendiri ialah masalahnya. Aku bukannya marah dengan apa-apa. Aku rasa semua masalah itu bermula dari aku. Aku yang menyebabkan semua nih. Masalah aku tidak memberi sepenuh hati. Aku tidak mahu dituding jari. Aku asyik merasa semacam je. Macamlah aku tidak mempunyai masa lagi. Aduhai, kenapa aku berfikiran begitu pesimis? Kerana aku takut untuk menghadapi masa depanku.
Tapi... adakah aku sudah menyerah kalah sebelum memulakan perjuanganku?
Aku tahu. Perjalanan tuh memang tidak mudah, seperti yang dijangka. Harapanku belum putus. Dan tidak akan putus, sekiranya aku masih menaruh harapan kerana harapan tidak akan mengecewakan kita, bahkan harapan dapat membawa sesuatu pengertian.
Karam di laut boleh ditimba, karam di hati bilakah sudah?
Ku terpegun melihat apa-apa yang berlaku hadapan mataku. Hanya aku sahaja yang mendengar alunan muzik yang merdu itu. Ruang rindu..yang kian menggebu.
Aku kerinduan. Dalam rintikan gerimis senja.
Aku dah buat keputusan untuk berhenti blogging buat sekejap. Ala, bukan aku malas nak tulis dalam belog saya, tapi saya tidak mempunyai masa untuk berbuat demikian. Buat saja untuk kali ini. =)